smile..smile..smile..;-) "..u l0se n0thing but u get something.." ❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang sentiasa ghairah bertasbih mengadu rindu padaNYA mengasihiNYA sepenuh jiwa raga mencintaiNYA sekuat hati ❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata akibat rindunya aku pada penciptaku akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat akibat segannya aku kerana sering menipu kecintaanku padaNYA ❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya pabila nama tuhanku disebut jantungku berdegup kencang bila disebut azabNYA tetapi tenang semula bila dicerita kasih sayangNYA ❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang setiap detik mengingatiNYA akan nikmatnya yang tidak terhingga kerana aku tiada apa-apa dialah yang MAHA PEMBERI ❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang sentiasa bertawakal padaNYA yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku maha suci dari menzalimiku kerana DIA penciptaku yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif seperti aku.. “Aku hanyalah seorang hamba Allah yang kerdil lagi hina… aku ini serba kekurangan… namun aku punya satu impian… aku mahu menjadi insan yang baik… insan yg melakukan kebaikan supaya orang lain mendapat manfaat darinya… tetapi jika aku tidak mampu, janganlah kiranya aku berbuat kejahatan, atau kejahatan dalam kebaikan… biarlah aku berdiam diri andai aku masih belum bersedia… kini aku lemah, namun tidak pula aku mahu menjadi lemah buat selamanya… aku harap aku akan kuat… dan aku mohon dgn ksungguhan yang teramat biarlah aku menjadi kuat untuk berbuat kebaikan… dengan itu aku akan sentiasa berusaha… dan Engkau sahajalah tempat aku mengadu kerana hanya Engkau lah teman yang benar-benar setia bersamaku ya Allah… setiap masa dan setiap ketika, tidak pernah walau sedetik pun Engkau tinggalkan aku… ya Allah… redhailah daku selama aku bernafas di dunia ini…” Aamiiin Ya Rabb al-'aalamiiin… |
Thursday, September 15, 2011
Aku impikan diriku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment