Wednesday, November 2, 2011

‎Hati muslimah berbicara

sYabab, Mengertilah..

Akhawat bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Akhawat sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

sYabab,mengertilah...

sungguh, Akhawat telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Akhawat cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Akhawat sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Akhawat elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik
pd Akhawat yg serba kekurangan ini..

sYabab,mengertilah...

Akhawat ini berjiwa lembut...
sukar untuk Akhawat menolak bila sYabab meminta...
Akhawat tau permintaan sYababtak mungkin
membawa Akhawat ke kancah maksiat...
namun, Akhawat lemah...
Akhawat takut zina hati...

sYabab,mengertilah...

setiap kali 'sms' mahupun 'chat fb' diterima.. Akhawat keliru...
ingin sekali Akhawat membiarkan sahaja..
tapi Akhawat akur tuntutan sahabat...
Akhawat tewas...
Akhawat reply juga...
mengenangkan sYabab adalah sahabat....

sYabab,mengertilah...

setiap layanan yg Akhawat beri hanya sekadar membantu..
mungkin Akhawat adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat sYabab..
memudahkan perjalanan hidup sYabab..
jgn disalah tafsir apa yg Akhawat berikan..

sYabab,mengertilah...

Akhawat mengharapkan sYabab menjaga Akhawat.
namun,bukanlah 'couple' yg Akhawat pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Akhawat..
cukuplah sekadar menghormati Akhawat sebagai Akhawat..
jgn dipinta apa yg tak mampu Akhawat berikan..
kerana Akhawat milik ALLAH sepenuhnya...

sYabab,mengertilah.......Kasihanilah Akhawat...

p/s: jgn syabab uji kami ngn hati kecil kami ada..kerana itu ujian berat bg kami...ya ALLAH selamatkan hati2 kami untuk sntsa bermujahadah..insyaALLAH..

1 comment:

  1. assalamu'alaikum,
    saya tak pernah mengenal saudari, tp bila terbaca bicara saudari telah mengingatkan saya dengan kisah dulu. Saya pernah menyintai seorang muslimah yang memakai purdah. Walaupun saya tidak pernah berjumpa cuma lihat dari jauh sahaja. Cerita ini semasa saya belajar di Politeknik Ungku Omar. Saya memang mencari muslimah yang memakai purdah sebagai pasangan hidup. tapi tak tahu cara mendekati muslimah seperti ini.
    saya memberanikan diri melayangkan sekeping surat melalui kawan saya yang belajar satu kelas dgn dia (hehehe...nakal juga saya ni). saya tidak menyangka surat saya akan terbalas. Surat saya terbalas dengan ayat Al Quran dan Hadis yang menerangkan maksudnya tersendiri...tp saya suka...inilah muslimah yang saya cari....saya tetap balas dan meminta maaf atas apa yang saya buat ni. Saya juga terpaksa membalas suratnya dgn al quran dan hadith juga walaupun saya tak menghafalnya terpaksa membuka kitab2 untuk membalas surat2 dia.
    Saya minta dia hubungi adik saya takut melanggar syariaat. Saya nampak dia akur. Selepas tu dia tidak hubungi saya lagi. Tidak pula saya tahu dia hubungi adik saya tanpa pengetahuan saya.
    Saya tidak pernah bermaksud nak mempermainkan dia. Kursus dia cuma 2 tahun kursus saya 4 tahun.saya fikir hubungan ini dah terputus rupanya tidak. Rupanya dia terus berhubung dgn adik saya.
    Saya minta adik saya sampaikan hasrat saya untuk berkahwin dengan dia. Saya bukan anak orang kaya dan tak mahu menyusahkan mak dan ayah saya kerana mahu berkahwin. Masalah dia timbul bila terpaksa tunggu saya terlalu lama. saya terpaksa bekerja selama 2 tahun lagi untuk mengumpul wang selepas tamat pengajian saya.
    Ayah dia sgt marahkan dia keran menunggu terlalu lama. Dia memberitahu saya dia telah menolak 6 pinangan kerana menunggu saya.
    Saya menghubungi dia melalui surat terakhir akan terus berkahwin bila balik nanti. Saya adalah pelaut bekerja di atas kapal dagang yang berharap bila balik nanti akan punya Bidadari di dunia ni...
    Tapi saya adalah pelaut yang malang saya dirumah emak memberitahu saya ada kad Jemputan Kawin. Alangkah terkejutnya nama Pengantin Perempuan itu tertera Nama Bidadari yang saya idamkan. Saya terduduk, dunia rasa sempit, hati rasa hancur....tp saya masih bernasib baik kerana saya seorang Islam yang yakin Jodoh pertemuan di Tangan Allah s.w.t. Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. saya juga rasa berdosa dengan dia kerana dia tersiksa menunggu saya dan berharap dia telah memafkan saya.

    Apa yang nak saya sampaikan di sini adalah Muslimah yg berpurdah juga punya perasaan cinta...Bila terbaca bicara saudari...seperti terkena dgn keadaan muslimah yang saya cintai dulu...hati Muslimah Berbicara...inilah Mujahadah Cinta.
    Sampai sekarang masih kuat dalam ingatan...
    Wallahu'alam

    ReplyDelete